Saturday, August 8, 2009

Kertas Kerja Perkemahan Bersepadu Peringkat Sekolah

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK PADANG TENGKU 2008




RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.


MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.



OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula jadi yang kondusif.
5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupun bermoral.



KUMPULAN SASAR

Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Pengakap dan Puteri Islam dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan Padang Tengku

Untuk Maklumat Lengkap sila rujuk link di sebelah

4 comments:

  1. Assalamualaikum, Salam ziarah yee Cikgu...mengapa lama blog ni tak update...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, Cuti akhir tahun nie ada banyak masa. lagipun line kat sini sentiasa blur.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah. jemput melawat ke blog 'kertas-kerja-sekolah' untuk manfaat cikgu-cikgu semua.klik http://kertas-kerja-sekolah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. tq....maklumat sangat dialu-alukan

    ReplyDelete

E-learning berkenaan cara-cara mendapatkan GERAN kerajaan atau swasta!