Saturday, December 26, 2009

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan MSSD, MSS(P) dan MSSM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut rumah sukan.
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru rumah sukan serta membahagikan tugas sukan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran betul.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat sukan dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok sukan.
11. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.
13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
14. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
15. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan sukan dan permainan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang tahun.
2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
5. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.
6. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
7. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
8. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-masing.
9. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang diserti oleh unit masing-masing.
10. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
11. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
12. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-masing .
13. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
14. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
15. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN KELAB DAN PERSATUAN

1. Guru Pemimpin Unit Beruniform adalah bertanggungjawab akan semua peraturan , latihan , ujian dan kemajuan pertubuhannya.
2. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod.
3. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun .
4. Setiap guru pemimpin mestilah mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah / Negeri / Pusat.
5. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang ditetapkan. Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang telah ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar. Latihan tambahan pada hari lain itu boleh diadakan dan Guru Besar hendaklah dirujuk dan dimaklumkan.
6. Guru pemimpin adalah bertanggungjawab menentukan apa-apa jua keperluan peralatan yang dikehendaki bagi penubuhannya. Sekiranya peralatan-peralatan itu bukan hak ahli persendirian, guru pemimpin adalah bertanggungjawab untuk tujuan rujukan dan pemeriksaan.
7. Guru pemimpin bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran / maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan bekenaan dan salinan laporan aktiviti hendaklah dihantar ke pejabat untuk fail sekolah.
8. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masing-masing.
9. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin atau wakil sekolah.

Tuesday, December 22, 2009

Contoh Perlembagaan Persatuan

PERLEMBAGAAN PERSATUAN (Suatu Contoh)

1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Kelab : Kelab Pencinta Alam

b. Alamat : SK Padang Tengku,
27100 Padang Tengku,
Kuala Lipis, Pahang.

2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

3. OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menghargai alam semula jadi dan memupuk semangat bertanggungjawab terhadap penjagaan persekitaran yang sihat.

3.2 Ahli kelab boleh menyumbang kepada pendidikan alam sekitar di sekolah terutamanya melalui penyibaran maklumat dan pendidikan yang berkaitan.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

5. GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

Tuesday, December 8, 2009

Pengurusan Fail

PENGURUSAN FAIL

1. Fail Induk Kelab / Persatuan

1.1 Surat Permohonan menubuhkan Unit Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan dan Sukan/Permainan daripada guru/murid disertakan bersama :

a. Draf perlembagaan
b. Draf aktiviti asas
c. Senarai Jawatankuasa Penaja

1.2 Surat kelulusan penubuhan daripada Pengetua/Guru Besar selaku Penolong Pendaftar Sekolah. Ada penyataan kelulusan penubuhan.

1.3 Surat pelantikan sebagai Guru Pemimpin/Penasihat. Ada penyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan.

1.4 Minit Mesyuarat Agung penubuhan.

1.5 Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

1.6 Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

1.7 Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

1.8 Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

1.9 Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Pemimpin.

1.10 Surat permohonan mengutip derma keahlian daripada Bendahari.

1.11 Surat kelulusan mengutip derma daripada Pengetua/Guru Besar.

1.12 Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan.

1.13 Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.

1.14 Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua/ Guru Besar.

1.15 Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan kepada Badan Induk.

1.16 Surat penerimaan menjadi ahli gabungan daripada Badan Induk.

1.17 Minit-minit mesyuarat yang diadakan.





1.18 Surat-surat pekeliling yang berkaitan daripada:



a. Kementerian Pendidikan Malaysia
b. Jabatan Pendidikan Negeri
c. Pejabat Pendidikan Daerah
d. Sekolah

1.19 Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli.

1.20 Laporan setiap aktiviti.

1.21 Laporan tahunan.

1.22 Daftar penilaian bagi setiap ahli.

1.23 Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan sebagai Guru Pemimpin daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.

1.24 Stok dan inventori.

1.25 Sampel-sampel Sijil/Surat Penghargaan.

2. Fail Pengerusi

2.1 Maklumat ahli
2.2 Senarai ahli jawatankuasa dan senarai penasihat
2.3 Perlembagaan kelab
2.4 Minit mesyuarat

3. Fail Setiausaha

3.1 Minit mesyuarat
3.2 Surat-surat berkaitan kelab
3.3 Buku-buku panduan kelab
3.4 Perlembagaan kelab
3.5 Maklumat ahli
3.6 Senarai ahli jawatankuasa dan guru penasihat
3.7 Laporan Mingguan (Lampiran I)

4. Fail Kewangan (Bendahari)

4.1 Penyata kira-kira kewangan kelab
4.2 Bil-bil pembelian.


Contoh Rujukan Fail: SMKBBU/07/KPA/2003( )

Saturday, August 8, 2009

Kertas Kerja Perkemahan Bersepadu Peringkat Sekolah

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK PADANG TENGKU 2008




RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.


MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.



OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula jadi yang kondusif.
5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupun bermoral.



KUMPULAN SASAR

Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Pengakap dan Puteri Islam dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan Padang Tengku

Untuk Maklumat Lengkap sila rujuk link di sebelah

Sunday, February 8, 2009

Instrumen Pemantauan

PROGRAM SEKOLAH CEMERLANG (PSC)

JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

INSTRUMEN PEMANTAUAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

INDIKATOR

BUTIRAN PENYELIAAN

SKOR

CATATAN

a. Takwim Kokurikulum

i. Ada terangkum dalam takwim sekolah

ii. Program kokurikulum didokumenkan

iii. Dipaparkan kepada umum (guru dan pelajar)

iv. Sasaran kokurikulum jelas dipamerkan

v. Aktiviti melibatkan semua pelajar

vi. Aktiviti dijalankan sepanjang tahun

b. Jawatankuasa kokurikulum

PERANCANGAN

i. Carta organisasi jelas

AWAL

ii. Mesyauarat berkala (3 bulan sekali)

iii. Perancangan program jelas dan praktikal

iv. Terdapat penglibatan semua guru

v. Fail-fail sentiasa dikemaskinikan

vi. Senarai tugas diedarkan diawal tahun

vii. Pendaftaran persatuan dilakukan

viii. Surat perlantikan diedarkan dan

didokumenkan

c. Dokumen Pelaksanaan

i. Laporan aktiviti lengkap dan kemaskini

ii. Sistem rekod kehadiran guru berkesan

iii. Senarai semak pelaksanaan dilakukan

iv. Kursus-kursus dalaman direkodkan

v. Rekod kehadiran & penglibatan pelajar

a. Perjalanan Program

i. Senarai aktiviti disediakan

ii. Laporan aktiviti dilengkapkan

iii. Rekod kehadiran guru dan pelajar

iv. Rekod pencapaian dicatatkan

v. Penilaian dan penambahbaikan dilakukan

vi. Rancangan lima tahun disediakan

b. Penglibatan Pelajar

i. Terlibat 100%

ii. 90 . 99 % terlibat

iii. 80 . 89 % terlibat

INDIKATOR

BUTIRAN PENYELIAAN

SKOR

CATATAN

iv. 70 . 79 % terlibat

v. kurang dari 70%

BADAN

c. Bilangan Pasukan Badan Beruniform

BERUNIFORM

i. Lebih 6 pasukan

ii. 5 atau 6 pasukan sahaja

iii. 3 atau 4 pasukan sahaja

iv. 2 pasukan sahaja

v. 1 pasukan atau kurang

d. Rekod penglibatan pelajar

i. Kad kokurikulum digunakan

ii. Pengesahan penasihat persatuan

iii. Catatan kehadiran dilakukan

iv. Catatan aktiviti diselia

v. Jawatankuasa pelajar berfungsi

a. Perjalanan Program

i. Senarai aktiviti disediakan

ii. Laporan aktiviti dilengkapkan

iii. Rekod kehadiran guru dan pelajar

iv. Rekod pencapaian dicatatkan

v. Penilaian dan penambahbaikan dilakukan

vi. Rancangan lima tahun disediakan

b. Penglibatan Pelajar

i. Terlibat 100%

ii. 90 . 99 % terlibat

iii. 80 . 89 % terlibat

iv. 70 . 79 % terlibat

v. kurang dari 70%

KELAB

c. Bilangan Persatuan & Kelab

DAN

i. Lebih 20 pasukan

PERSATUAN

ii. 15 atau 20 pasukan sahaja

iii. 10 atau 14 pasukan sahaja

iv. 5 . 9 pasukan sahaja

v. 5 pasukan atau kurang

d. Rekod penglibatan pelajar

i. Kad kokurikulum digunakan

ii. Pengesahan penasihat persatuan

iii. Catatan kehadiran dilakukan

iv. Catatan aktiviti diselia

v. Jawatankuasa pelajar berfungsi

INDIKATOR

BUTIRAN PENYELIAAN

SKOR

CATATAN

a. Perjalanan Program

i. Senarai aktiviti disediakan

iii. Rekod kehadiran guru dan pelajar

iv. Rekod pencapaian dicatatkan

v. Penilaian dan penambahbaikan dilakukan

vi. Rancangan lima tahun disediakan

b. Penglibatan Pelajar

i. Terlibat 100%

ii. 90 . 99 % terlibat

iii. 80 . 89 % terlibat

iv. 70 . 79 % terlibat

v. kurang dari 70%

SUKAN

c. Bilangan Sukan & Permainan yang ada

DAN

i. Lebih 10 pasukan

PERMAINAN

ii. 8 . 10 pasukan sahaja

iii. 6 - 7 pasukan sahaja

iv. 4 - 5 pasukan sahaja

v. 3 pasukan atau kurang

d. Rekod penglibatan pelajar

i. Kad kokurikulum digunakan

ii. Pengesahan penasihat pasukan

iii. Catatan kehadiran dilakukan

iv. Catatan aktiviti diselia

v. Jawatankuasa pelajar berfungsi

PENGURUSAN

a. Pengurusan stok & inventori alatan sukan

KOKURIKULUM

i. Buku stok terdapat

ii. Buku stok dikemaskini

iii. Buku stok disemak & disahkan

iv. Buku tersimpan dengan selamat

v. Inventori tercatat disetiap bilik

b. Pengurusan bilik-bilik khas

i. Bilik-bilik pengurusan sukan terdapat

ii. Tempat menyimpan alatan disediakan

iii. Bilik disenggara dengan sempurna

iv. Rekod penggunaan alatan terdapat

v. Rekod pinjaman alatan terdapat

vi. Ajk bilik sukan dipamerkan

c. Penyimpanan & Penyelengaraan Alatan

i. Alatan tersimpan kemas

ii. Terdapat lebel di tempat penyimpan

iii. Rekod simpan terdapat

v. Rekod alatan dibaiki terdapat

INDIKATOR

BUTIRAN PENYELIAAN

SKOR

CATATAN

d. Rancangan Pembangunan

i. Terdapat program peningkatan

ii. Jadual pelaksanaan disimpan

iii. Kursus dalaman diadakan

iv. Post mortem dilakukan

v. Sasaran jelas disebarkan

e. Rekod Penglibatan & Pencapaian

i. Rekod penglibatan tersimpan

ii. Rekod bilangan ahli terlibat

iii. Rekod pencapaian pasukan

iv. Rekod & pencapaian dipamerkan

a. Pencapaian Kokurikulum

i. Peringkat Kebangsaan/Antarabangsa

ii. Negeri

iii. Daerah

iv. Zon/Cawangan

b. Pengiktirafan

i. Sijil diberikan

ii. Diumumkan/dipamerkan

iii. Ganjaran diberikan

iv. Kemudahan disediakan

v. Bantuan lain-lain diberikan

c. Kemudahan Fizikal

i. Padang permainan berfungsi

ii. Gelanggang terbuka berfungsi

iii. Dewan digunakan

iv. Pakaian sukan lengkap

v. Alatan disediakan lengkap

d. Pemantauan

i. Dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar

ii. Dilakukan oleh GPK1/HEM/Guru Koko

iii. Dilakukan oleh setiausaha sukan

iv. Dilakukan penyelaras & penasihat

v. Tidak dilakukan

JUMLAH SKOR DIPEROLEHI

Nama Sekolah : SK Padang Tengku

Kod Sekolah: CBA3023

E-learning berkenaan cara-cara mendapatkan GERAN kerajaan atau swasta!