Sunday, February 8, 2009

Penubuhan Kelab

PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB


1. OBJEKTIF AM

Guru-Guru dan murid-murid akan:

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.

Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.


2. OBJEKTIF KHUSUS

Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.


3. KELAB ATAU PERSATUAN

Definisi:

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

3.1 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.

c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.

d. Berkongsi sumber dan peralatan.

e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan

f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi


3. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN

Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-

a. Tujuan dan matlamat

b. Aktiviti dan kegiatan

c. Peraturan

d. Perlembagaan

Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.

Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar

Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar

Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan :

a. Memilih Ahli Jawatankuasa

b. Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan

c. Pengesahan dokumen kelab atau persatuan

Mengoperasikan kelab atau persatuan
PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Prosedur Penubuhan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penaja

2. Draf Perlembagaan Persatuan

3. Draf Aktiviti Tahunan.

4. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan.
5. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Guru Besar)
6. Pengendalian Mesyuarat Agung:
i. Surat Panggilan/Notis Mesyuarat Agung.
ii. Mesyuarat Agung.





Contoh Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis,
Pahang.
No. Tel : 09-8591349
_____________________________________________________________________
Ruj kami : SKPT/09/01/01(1)
Tarikh : 01 Januari 2005

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis,
Pahang.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ………………( nama)….………… berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku mulai 5 Januari 2009.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,


(Tengku Yusnor b. Tengku Yusof)
Guru Penasihat,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis, Pahang.

Contoh Surat Jawapan Kelulusan Penubuhan.

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku.
Kuala Lipis, Pahang.

____________________________________________________________________
Ruj kami: SKPT06/09/01/(01)
Tarikh : 08 Januari 2009

Guru Penasihat,
Persatuan Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis, Pahang.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Merujuk surat tuan SKPT 09/01/01( 01) bertarikh 01 Januari 2005 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan
2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut Perintah,



(EN ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN)
Pendaftar Kelab Dan Persatuan,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,,
Kuala Lipis Pahang

s.k. - Fail Timbul

1 comment:

E-learning berkenaan cara-cara mendapatkan GERAN kerajaan atau swasta!