Sunday, February 8, 2009

Pengurusan kokurikulum





PENGURUSAN KOKURIKULUM


Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Diantara kegiatannya seperti permainan, pengakap, perkhemahan dan sebagainya. Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti syarahan, ceramah dan tunjukcara. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan

Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa :

1. Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.

2. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.

3. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.

4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.

5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid.

Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda.

- Keahlian terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, kaum, masyarakat dan negeri.

- Interaksi berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.

- Sehubungan dengan itu matlamat di atas tercapai.

2. Peningkatan disiplin pelajar.

- Ianya berlaku secara langsung atau tidak langsung. Contoh secara langsung ialah hampir semua

pasukan berseragam mewajibkan kawat atau asas perbarisan dan mementingkan pelaksanaan

di kalangan ahli. Manakala secara tidak langsung ianya dilaksanakan melalui pengawasan dan

perlantikan ketua dan jawatankuasa yang menguatkuasakan peraturan terhadap ahli persatuan mereka.

3. Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.

- Pembelajaran dan pengajaran tidak semata-mata di dalam bilik darjah. Ia berlaku sama ada

formal, informal atau pun nonformal.



Konsep:

Mengurus:- mengendali, mengelola dan menjaga sesuatu perkara supaya teratur rapi dan sempurna, menyelanggara dan menyelesaikan sesuatu perkara. Jaafar Muhammad di dalam bukunya:

Pengurusan: Proses pengagihan input (sumber ekonomi dan kraftangan) organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pergerakan dan pengawalan untuk tujuan output(perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai)

Input-jurulatih

Output-murid

Pelanggan-murid

SEKOLAH

Input

Output

Barangan

Murid yang ikut aktiviti

Tenaga jurulatih

Peralatan

Kemudahan-kemudahan lain

Kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada pemimpin PERSATUAN & KELAB.

  1. merancang
  2. mengatur strategi
  3. menyelia
  4. melaksana, mengarah
  5. memotivasi
  6. perhubungan manusia-contact dengan orang lain
  7. membuat penilaian-untuk mencari ahli yang terbaik
  8. membuat maklumbalas-laporan aktiviti

Langkah-langkah untuk menjayakan PERSATUAN DAN KELAB di sekolah

  1. melantik pegawai
  2. surat perkeliling dan dasar
  3. penyusunan struktur organisasi Persatuan dan Kelab
  4. perancangan lima tahun (blue print)

Strategi Pelaksanaan PERSATUAN DAN KELAB di sekolah

1. Melibatkan semua murid secara aktif (individu dan kumpulan) daripada aktiviti khidmat sekolah dan pelbagai lagi.

2. Merancang gerak kerja kokurikulum dengan teliti dan menggunakan "management by objective".

3. Mencatat semua gerak kerja dan kemajuan yang dicapai dan dijalankan.

4. Memberi penghargaan kepada murid yang terlibat seperti hadiah, sijil, umumkan diperhimpunan, majlis penyampaian sijil dan sebagainya.

5. Tubuh jawatankuasa bimbingan pelajar sekolah.

6. Melibatkan PIBG, penduduk setempat, agensi-agensi luar, sebagai memberi sokongan, latihan dan kewangan.

7. Memperuntukkan kewangan kepada setiap persatuan berdasarkan aktiviti.

8. Berusaha mendapatkan peralatan (beli atau sumbangan)

9. Mewujudkan sistem rumah sukan.

10. Aktiviti yang boleh diikuti semua seperti perkhemahan, walkathon dan lain-lain.

11. Menghantar guru mengikuti latihan kursus dalam kokurikulum, mengikut bidang dan jenis.

12. Mengadakan pertandingan antara darjah, persatuan dan sebagainya.

Pengelolaan Pelaksanaan PERSATUAN DAN KELAB Di Sekolah

1. Peranan Jawatankuasa persatuan dan kelab di Sekolah

2. Fahami jenis panduan persatuan dan kelab - selaras semua sekolah dan dasar pendidikan negara.

3. Mesyuarat pengagihan tugas dan penyelaras aktiviti.

4. Pengurusan peralatan kokurikulum dengan baik - simpan dan tadbir.

5. Sediakan jadual waktu.

6. Lebih berkesan jika mengikut kelompok.

7. Isnin - Biru dan Merah

8. Selasa - Kuning dan Hijau .

9. Kedatangan murid dan pelajar direkodkan.

10. Laporan bertulis.

11. Sistem penilaian dan pengiktirafan.

PELAPORAN AKTIVITI DAN KEDATANGAN

Buku Catatan

Borang Khusus

Maklumat yang perlu dicatat :

- Nama Persatuan

- Tarikh/masa perjumpaan

- Jumlah kedatangan pelajar

- Nama guru penasihat yang hadir

- Nama aktiviti yang telah dilaksanakan

- Maklumat-maklumat umum

PERANCANGAN DAN PENGENDALIAN AKTIVITI

Perancangan

1. merancang

2. merangka

3. menyusun

4. menyelaras

Pengendalian

1. mentadbir

2. mengurus

3. mengawal

4. aktiviti yang dirancang

Jawatankuasa perlaksanaan perlu membuat perancangan aktiviti.

Sesuatu aktiviti yang dirancang perlu ada:

- matlamat

- pengagihan tugas

- tindakan yang perlu diambil

- membuat penilaian selepas aktiviti

Jawatankuasa juga perlu membuat kertas kerja

Perkara-perkara yang perlu ada dalam kertas kerja:

1. Pendahuluan

2. Objektif

3. Tema

4. Tempat

5. Tarikh dan tempoh

6. Penyertaan

7. Bayaran

8. Jawatankuasa kerja

9. Jawatankuasa kecil

10. Perbelanjaan

11. Pendapatan/sumber kewangan

12. Penutup

13. Lampiran(surat yang berkaitan, cadangan aktiviti, surat kebenaran)

Penilaian Program

- untuk mendapat maklumbalas dan pandangan

- sebagai panduan meningkatkan aktiviti masa hadapan

Laporan

- dibuat oleh setiausaha

- laporan menyeluruh dari segala aspek.


No comments:

Post a Comment

E-learning berkenaan cara-cara mendapatkan GERAN kerajaan atau swasta!